KIOSK MAKANAN SUNNAH DAN KESIHATAN

Kami memberikan perkhidmatan terbaik untuk masyarakat Malaysia untuk mendapatkan Makanan Sunnah.

Matlamat : 

 1.Perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggan mengikut keperluan masing-masing. 

 2. Memperkenalkan dan menggalakkan makanan sunnah dan kesihatan yang sesuai untuk masyarakat. 

3.Memudahkan pelanggan mendapatkan produk-produk seperti Kurma, Air Zam Zam, Madu, Habatus sauda, Gam Arab (Al Manna), dried fruit, kacang-kacang.

Siapa Kami? Mengapa pilih Kami

Kami telah berniaga jual produk dari Timur Tengah sejak tahun 2010 dengan kecil-kecilan  dan seterusnya berniaga online pada tahun 2013 .

Kami juga telah bekerjasama dengan banyak kedai di Ampang, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan.

Kedai kami menyediakan produk yang berkualiti dan harga yang berpatutan.

Dijamin 100% dan dipulangkan semula duit atau digantikan dengan produk baru jika tidak memuaskan ahti pelanggan.

Terdapat kurma Ajwa, Safawi, Medjool, Air Zam Zam, Minyak Habatus Sauda dan banyak lagi

“Trusted seller, servis cepat, layanan pelanggan yang baik dan knowledgable dengan produk2 yang di jual.Recommended”- Sharina 

“InsyaAllah satu perniagaan yang membantu ekonomi ummah serta sebagai fardhu kifayah buat ummat islam.”- Johan Hakeem

Boleh dipercayai.. alhamdulilah transaksi yang tidak pernah dikecewakan lagi.. cepat dah mesra pengguna.”- Mohd Azli

ISHAK BIN ISMAIL

FOUNDER

Saya mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum di UTM. Pernah bekerja di Syarikat Minyak & Gas Negara Malaysia dan Syarikat kontraktor selama 13 tahun.

Berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan sejak tahun 2010 semasa bekerja dengan majikan Syarikat Minyak dan berniaga online sepenuh masa pada 2013 hingga kini. 

Tujuan saya meniaga Makanan Sunnah ini supaya masyarakat mendapat produk yang berkualiti dan harga berpatutan serta menggalakkan orang Muslim mengamalkan makanan sunnah dan sihat.

Pada masa yang sama saya menjadi Perunding Bebas di Syarikat Perunding Minyak & Gas Di Malaysia.

Kami berniaga dari Ampang dan bekerjasama dengan kedai-kedai menjual produk dari Timur Tengah di Ampang, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan.

Tujuan kami bekerjasama adalah untuk bergabung mengembleng tenaga untuk masyarakat mendapatkan makanan sunnah dan sihat dengan mudah tanpa  perlu bersaing sesama kedai yang menjual produk yang sama.

Kedai Online

Permai Villa, Bukit Ampang Permai, Ampang, Selangor

Time

Isnin-Jumaat

8 a.m.- 5 p.m.

Sabtu

8 a.m.- 5 p.m.

Ahad

8 a.m. - 12 p.m